Pengguna Kenderaan Kelas 1 Bakal Menikmati Kadar Diskaun Tol Pada Hari Raya Aidilfitri?

TULAR:
781

PENJELASAN:

Kementerian Kerja Raya (KKR) memperjelaskan berhubung tawaran
diskaun tol kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Sumber gambar: Bernama

Menurut Menteri Kerja Raya, YAB Baru Bian, pengguna kenderaan kelas pertama bakal menikmati kadar diskaun tol antara 10 hingga 33 peratus di 23 lebuh raya seluruh negara pada Hari Raya Pertama Aidilfitri ini. 

Tiga buah lebuh raya pula hanya memberikan diskaun tol di plaza tol tertentu seperti Plaza Tol Ampangan, Lebuh Raya Kajang – Seremban (LEKAS), Plaza Tol Pulau Indah, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Plaza Tol Perling dan Tol Lima Kedai, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA).

Beliau juga berkata, pelaksanaan diskaun itu akan berkuatkuasa dalam tempoh 24 jam bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

SUMBER:

Twitter Rasmi Kementerian Kerja Raya

Kosmo

Berita Harian

Twitter Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI