Penggunaan Surat Sokongan Dari Menteri, Timbalan Menteri Dihentikan?

TULAR:
1030

PENJELASAN :

Kementerian Pendidikan memperjelaskan laporan bahawa tiada lagi penggunaan surat sokongan dibenarkan dari mana-mana Menteri atau Timbalan Menteri ke atas mana-mana individu, cadangan atau tender, sepertimana yang dilaporkan media.

 

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, mesyuarat Kabinet memutuskan bahawa menteri dan timbalan menteri tidak boleh memberi surat sokongan kepada mana-mana tender dan cadangan, bagi memastikan tadbir urus yang baik bagi kerajaan.

Namun, katanya, penggunaan surat sokongan itu boleh dikaji bagi urusan Kementerian Pendidikan sekiranya ia tidak melibatkan wang selain jika ia isu terdesak seperti kesihatan, ataupun kes yang tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan.

Beliau juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan melayani sebarang surat sokongan untuk anak atau anak saudara.

SUMBER :

Kosmo

Berita RTM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI