Penjelasan KDN Berkenaan Isu Pemalsuan Kad Pengenalan

TULAR:
8505

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN):

KDN mengambil maklum bahawa kebelakangan ini terdapat banyak terbitan (posting) di media sosial berkenaan Kad Pengenalan (MyKad) palsu. Semua kenyataan dan gambar yang dimuat naik telah diteliti serta disemak oleh kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Berkenaan satu laman sesawang yang mengiklan dan menjual MyKad palsu dalam talian, satu laporan polis telah dibuat oleh JPN pada 1 Mei 2020. Siasatan dan tindakan lanjut bakal diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap jenayah pemalsuan MyKad yang mencemarkan nama baik JPN.

Selain daripada kes tersebut, kementerian ingin menjelaskan bahawa gambar-gambar MyKad yang tular di media sosial pada ketika ini adalah gambar lama yang dimuatnaik semula. Gambar-gambar tersebut mempunyai kaitan dengan kes pemalsuan MyKad di Pulau Pinang pada tahun 2019. Walaubagaimana pun, tiada gambar dan maklumat pemalsuan MyKad yang baru dapat dikenal pasti.

Untuk makluman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat tangkapan terhadap individu-individu yang terlibat dengan kes pemalsuan MyKad di Pulau Pinang (2019) dan semua tertuduh sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.

Ekoran daripada penularan gambar-gambar lama tersbut, terdapat juga desakan oleh beberapa pertubuhan dan individu tertentu yang menggesa Kerajaan menukarkan MyKad sedia ada kepada MyKad baharu bagi menangani pemalsuan MyKad.

Dalam hal ini, JPN dari semasa ke semasa sentiasa mengkaji penambahbaikan dan pembaharuan terhadap MyKad khususnya dari segi aspek ciri-ciri keselamatan. JPN juga telah menambahbaik Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dengan mengetatkan proses semakan dan kelulusan dokumen pengenalan diri di samping memantapkan lagi pemantauan dalam sistem JPN.

SUMBER:

Facebook Rasmi KDN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI