Penjelasan Kerajaan MADANI Tegas Dalam Mengawal Aktiviti Perjudian Berlesen

TULAR:
4

SEBENARNYA,

Menurut Kementerian Kewangan (MOF):

MOF menjelaskan bahawa Kerajaan MADANI terus mengambil pendekatan tegas dan bertanggungjawab dalam mengawal selia aktiviti perjudian berlesen di Malaysia.

Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjelaskan kekeliruan berhubung isu lesen judi di Kedah yang dilaporkan oleh media, susulan kenyataan YAB Menteri Besar Kedah.

Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa dakwaan yang memberikan gambaran seolah-olah Kerajaan MADANI tidak mengawal aktiviti perjudian atau telah meluluskan lesen baharu adalah mengelirukan.

Berdasarkan rekod yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut:

Pertama, sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 2020 hingga 2022, yang turut merangkumi parti PAS, tidak pernah terdapat sebarang usul atau keputusan untuk mengharamkan aktiviti perjudian berlesen di seluruh negara atau memansuhkan lesen sedia ada.

Kedua, pada tahun 2020, Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan telah memutuskan untuk mengurangkan bilangan cabutan khas daripada 22 kepada lapan kali setahun.

Kemudiannya, Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional dan Barisan Nasional pada tahun 2020 telah memutuskan untuk meningkatkan atau mengembalikan kekerapan cabutan khas kepada 22 kali setahun.

Selepas Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir tahun 2022, keputusan terawal pada ketika itu adalah untuk membatalkan peningkatan tersebut dan menurunkan semula kekerapan cabutan khas daripada 22 kepada lapan kali setahun, bermula Januari 2023.

Kementerian Kewangan turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen atau permit perjudian baharu, serta tidak menambah bilangan kedai perjudian baharu.

Jumlah lesen dan permit yang berkuat kuasa kekal berdasarkan jumlah kelulusan lesen sedia ada sejak tahun 1990-an.

Sebagai langkah kawalan, Kementerian Kewangan juga telah menetapkan syarat-syarat yang ketat kepada pemegang lesen.

Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan tegas dan bertanggungjawab dengan:

  • Mengehadkan aktiviti perjudian berlesen;
  • Memastikan kawal selia yang ketat;
  • Memperhebat tindakan terhadap perjudian tanpa lesen; dan
  • Memastikan pengawalan aktiviti perjudian dilaksanakan berdasarkan peraturan dan bidang kuasa yang ditetapkan.

Kementerian Kewangan menegaskan bahawa langkah-langkah kawalan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan aktiviti perjudian berlesen dikawal selia secara bertanggungjawab, di samping membanteras aktiviti perjudian tanpa lesen.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI