Perbuatan Jenayah Hanya Kes Cubaan Samun di Sebuah Rumah Di Semabok, Melaka

TULAR:
55

Menurut Ketua Polis Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Polis menafikan berlaku kejadian cubaan rogol dan mencederakan seorang suri rumah dengan mengelar leher mangsa menggunakan kunci di sebuah rumah di Taman Kasturi, Semabok, 24 April 2025, seperti mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Penularan mesej itu telah menimbulkan kegusaran orang ramai khususnya dalam kalangan penduduk di sekitar Semabok.

Pada 24 April, polis telah menerima satu laporan daripada mangsa (suri rumah) berusia 26 tahun mendakwa cuba disamun seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di kediamannya.

Bertindak atas laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai terlibat dalam kes samun terbabit, di sebuah rumah di Kampung Morten kira-kira 7 malam.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu hanya terlibat dalam kes cubaan samun membabitkan wanita berkenaan seperti yang dilaporkan mangsa pada hari sama kejadian.

Hasil siasatan polis mendapati dakwaan yang tular menerusi WhatsApp berkaitan kejadian itu (cubaan rogol dan mencederakan) adalah tidak benar dan tidak berasas.

SUMBER:

BERNAMA

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI