Poster Menggambarkan MIDA Terlibat Dengan Skim Pelaburan Adalah Tidak Benar

TULAR:
185

SEBENARNYA:

MIDA ingin merujuk kepada poster yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini dengan tajuk ‘Dana Unit Amanah Patuh Syariah’. Poster tersebut telah menggunapakai imej pegawai MIDA.

Harap maklum, berita tersebut adalah PALSU yang telah diiklankan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

MIDA adalah sebuah agensi promosi dan pembangunan pelaburan utama kerajaan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menyelaras dan menggalakkan pelaburan ke dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia. Sebarang makluman rasmi sila rujuk laman sesawang www.mida.gov.my

MIDA TIDAK TERLIBAT DENGAN SEBARANG SKIM PELABURAN.

Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

TIDAK PASTI, JANGAN KONGSI!

Sila buat laporan terhadap apa jua iklan palsu dan pelaburan yang berunsur penipuan atas talian di portal aduan SKMM (https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1).

SUMBER:

Facebook Rasmi MIDA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI