Rakaman Video Dan Gambar Rakyat Singapura Disamun Di Malaysia Adalah Kes Lama Yang Ditularkan Semula

TULAR:
1114

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Polis Kontinjen Johor:

Polis Kontinjen Johor menafikan kejadian yang tular dalam laman sosial dan aplikasi WhatsApp berkaitan rakyat Malaysia yang menyamun dan mencederakan warga Singapura di Johor adalah tidak benar.

Hasil semakan mendapati video dan gambar yang ditularkan itu merupakan video dan gambar yang ditularkan semula sejak 2014. PDRM Bukit Aman juga pernah mengeluarkan satu kenyataan media berkaitan berita palsu ini di Facebook rasminya pada 2 November 2021 dan telah disiarkan dalam media Astro Awani dan Kosmo seperti di pautan berikut:

  1. https://www.facebook.com/100064506887551/posts/251966430296918/
  2. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mesej-tular-samun-guna-kad-nama-toreh-wajah-mangsa-adalah-kes-lama-pdrm-328746
  3. https://www.kosmo.com.my/2021/11/02/gambar-mangsa-samun-tular-disahkan-palsu

Hal ini, dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai khususnya pelancong warga Singapura untuk datang ke Malaysia melalui negeri Johor.

Polis Kontinjen Johor menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI