SebanyaK 33 IPTS Ditutup KPT Pada Tahun 2017?

TULAR:
558

PENJELASAN : 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperjelaskan laporan bahawa 33 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditutup oleh KPT sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Kosmo

Menurut KPT, sebanyak 33 IPTS ditutup akibat pelbagai masalah yang dihadapi pihak pengurusan sepanjang tahun 2017.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia meningkat berbanding jumlah keseluruhan, 46 yang ditutup sepanjang tahun 2012 hingga 2016, iaitu tempoh Moratorium penubuhan IPTS dimulakan.

Kata beliau, penutupan semua IPTS berkenaan disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi pihak pengurusan termasuk kekurangan pelajar dan isu berkaitan kewangan.

 “Ada yang diarahkan supaya ditutup dan ada juga IPTS secara sukarela menutup operasi masing-masing kerana tidak mampu memenuhi kriteria ditetapkan. Dalam isu ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak boleh berkompromi kerana ia membabitkan kualiti pendidikan kepada pelajar. ”

SUMBER : 
Harian Metro

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI