Surat Penerimaan Dan Sokongan Kepada Pemohon Laksanakan Pembinaan Infrastruktur Pelan Jendela Adalah Surat Palsu

TULAR:
851

SEBENARNYA:

MCMC ingin memaklumkan, pihak MCMC telah menerima maklumat bahawa sepucuk surat menggunakan kepala surat MCMC dan nama seorang pegawainya berhubung penerimaan dan sokongan kepada pemohon untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan infrasturktur di bawah pelan JENDELA, telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kandungan surat tersebut antara lain menyebut MCMC telah menerima dan menyokong pendaftaran pemohon untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan infrastruktur di bawah pelan JENDELA Kluster 1 hingga 4 di Kedah, Kluster 6,7,9,10 dan 11 di Perak serta Kluster 65,66,70,72,74,76,77,80,81,83,84,85,87 dan 90 di Sarawak.

Ingin ditegaskan, surat berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh MCMC. Terdapat juga kesilapan yang dikesan pada surat berkenaan membabitkan penggunaan logo MCMC lama dan jawatan semasa yang dijawat oleh pegawai berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai adalah diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tindakan oleh pihak-pihak tertentu yang menyebarkan surat, e-mel mahupun mesej yang tidak ditentukan kesahihannya.

SUMBER:

Laman Rasmi MCMC


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI