Tiada Pengambilan Ke Jawatan Inspektor Dan Konstabel PDRM Pada Masa Kini

TULAR:
1622

SEBENARNYA:

Terdapat sebaran maklumat yang mengelirukan dan tidak tepat seperti gambarajah yang telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam media sosial terutamanya dalam Aplikasi Telegram dan WhatsApp.

Sebaran iklan yang bersifat ‘phishing’ bagi menaikkan ‘rating’ pelawat ke laman web yang bukan rasmi adalah salah satu ‘trick’ memancing pelawat ke laman web mereka.

Orang ramai dinasihati untuk mengabaikan mesej yang tular dan pihak yang menyebarkannya juga bakal diambil tindakan kerana menyebarkan maklumat yang salah.

Orang ramai dimohon untuk membuat rujukan di laman web
e-pengambilan PDRM bagi mendapatkan sebarang maklumat yang sahih.

Ikuti juga Telegram Rasmi Unit Pengambilan PDRM di http://t.me/unitpengambilanpdrm bagi mendapatkan semua maklumat dan iklan mengenai eksesais pengambilan PDRM yang tepat dan santai.

SUMBER:

Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM
Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI