Tangkap Layar Berkenaan Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Di WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan Pada 3 Februari 2022 Adalah Tidak Benar

TULAR:
6102

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM):

Jabatan Perdana Menteri (JPM) ingin merujuk kepada tangkap layar yang tular di media sosial khususnya di WhatsApp bertajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]’ mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari 2022 (Khamis).

Sehubungan itu, JPM ingin menegaskan bahawa maklumat yang tertera di atas tersebut adalah tidak benar.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI