IPD Tapah Tidak Pernah Mengeluarkan Amaran Mengenai Sindiket Rompakan Bersenjata Yang Menyamar Dari Syarikat Air Atau Elektrik

TULAR:
967

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Tapah:

Pada 4 Feb 2022 jam lebih kurang 11 pagi telah terkesan di media sosial berkenaan satu Whatsapp mengenai laporan dari IPD Tapah ada 3 atau 4 lelaki akan melawat rumah dan mendakwa mereka dari syarikat air atau syarikat elektrik untuk menukar mentol elektrik untuk penjimatan, seterusnya akan merompak menggunakan senjata.

Hasil siasatan pihak polis maklumat yang di viralkan adalah tidak benar, tiada sebarang kejadian rompakan atau pencerobohan berlaku atau di lapurkan kepada pihak polis dan pihak polis Tapah tidak pernah mengeluarkan amaran mengenai kejadian ini. Hasil semakan juga mendapati Whatsapp ini pernah di viralkan pada tahun 2019.

Masyarakat di ingatkan untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari pihak polis dan jangan menggunakan media sosial untuk menyebarkan berita palsu yang boleh menguggat keselamatan dan ketenteraman awam. Jangan kongsi berita yang tidak pasti.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Daerah Tapah
Harian Metro
Sinar Harian
Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI