Terdapat Pesakit Koronavirus Di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban?

TULAR:
1379

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pesakit Koronavirus di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Sumber gambar: Berita Harian

SEBENARNYA:

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menafikan terdapat kes coronavirus baru (2019-nCoV) direkodkan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban seperti yang tular di laman sosial.

Pengarahnya, Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata, ada pihak tidak bertanggung jawab menyebarkan berita tidak benar berkenaan.

Beliau menegaskan, “Saya ingin merujuk kepada maklumat yang tersebar di laman sosial mengatakan HTJ mempunyai kes 2019-nCov yang menular sekarang.

“Sehingga 26 Januari (semalam) HTJ Seremban tiada kes membabitkan 2019-nCov ataupun virus Wuhan.

“Di Negeri Sembilan secara keseluruhannya juga tidak ada kes terbabit.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI