Imej Virus Koronavirus Seperti Makhluk?

TULAR:
4743
Sumber gambar: hippocrates.media

PENJELASAN:

Orang ramai diminta berhati-hati dengan penyebaran imej yang didakwa sebagai virus bagi Koronavirus, yang boleh mencetuskan panik di kalangan orang awam.

Sumber gambar: Facebook

Berdasarkan semakan dan penelitian pihak MCMC, imej dari lensa mikroskop seperti yang ditularkan merupakan sejenis bakteria yang dikenali sebagai Bacteriophage T4 dan bukan virus bagi Koronavirus seperti yang ditularkan.

Semakan dibuat melalui artikel kajian seperti di pautan https://www.pnas.org/content/113/10/2654.

Manakala imej Koronavirus dari lensa mikroskop boleh dirujuk seperti di pautan berikut https://globalhealth.duke.edu/media/news/what-coronavirus .


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI