Koronavirus Menular Di Melaka?

TULAR:
855

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya wabak koronavirus menular di negeri Melaka.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kerajaan Melaka menafikan sebarang kes 2019 Novel Koronavirus (2019- nCOV) berlaku di Melaka seperti yang ditularkan dalam media sosial, sejak semalam.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Low Chee Leong berkata, walaupun pada awalnya terdapat kes melibatkan seorang kanak-kanak lelaki warga China berusia tujuh tahun yang didakwa mempunyai simpton koronavirus namun ia disahkan negatif selepas ujian di Hospital Kuala Lumpur tiga hari lalu.

Menurutnya, rakyat di negeri ini diharap tidak mudah panik dan percaya dengan sebarang berita ditularkan dalam media sosial berkaitan koronavirus sehingga ia disahkan Kementerian Kesihatan.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI