Lima Individu Dari Wuhan Dimasukkan Ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Ekoran Dijangkiti Novel Coronavirus?

TULAR:
1261

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat lima individu yang baru kembali dari wilayah Yuhan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu ekoran disyaki dijangkiti Novel Coronavirus.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu:

Pihak jabatan ini menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut. Sehingga 26 Januari 2020, tiada sebarang kes yang disyaki mengalami jangkitan Novel Coronavirus yang dimasukkan ke mana-mana hospital di negeri Terengganu.

SUMBER:

Laman Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI