Pelancong China Meninggal Dunia Dalam Bas Dari CIQ Ke KLIA2 Kerana Koronavirus?

TULAR:
1777
Sumber gambar: focusedcollection.com

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan kononnya terdapat seorang pelancong dari China yang meninggal dunia di dalam bas dari CIQ ke KLIA2, berkemungkinan jangkitan Koronavirus.

Sumber gambar: Facebook

Polis mengesahkan warga China yang mati mengejut di Johor Bahru berpunca akibat penyakit jantung, bukannya dijangkiti koronavirus sebagaimana ditularkan.

Tular gambar anggota polis mengusung mayat didakwa warga China yang dikatakan mati mengejut ke dalam kenderaan pacuan empat roda pihak berkuasa itu.

Keadaan itu menyebabkan beberapa netizen panik dengan mengaitkan kematian mangsa disebabkan virus misteri yang berasal dari Wuhan, China yang sedang merebak ketika ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika mengulas perkara itu berkata, kejadian terbabit berlaku semalam di Kompleks Sultan Abu Bakar di laluan ke dua Malaysia-Singapura.

Beliau menjelaskan, “Mangsa berusia lingkungan 70-an dari Singapura ke Malaysia meninggal dunia ketika dalam bas dan disahkan pihak hospital akibat penyakit jantung”.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI