1,000 Pelancong Dari Negara China Tiba Di Pulau Pinang Melalui Kapal Layar Mewah?

TULAR:
18585

PENJELASAN:

Pengerusi Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang memperjelaskan penyebaran gambar yang mendakwa 1,000 pelancong dari negara China memasuki Pulau Pinang melalui kapal layar mewah.

Susulan tular gambar yang mendakwa 1,000 pelancong dari China memasuki Pulau Pinang pada Ahad sehingga mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang ramai, Pengerusi Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin memaklumkan kesemua mereka berada di negeri itu untuk tempoh tujuh jam sebelum meneruskan perjalanan ke Phuket, Thailand.

Menurut Yeoh, saringan kesihatan telah dilakukan pihak Jabatan Kesihatan negeri sebaik pelancong asing berkenaan turun dari kapal persiaran mewah yang berlabuh di Swettenham Pier.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI