Terdapat Pesakit Positif Koronavirus Di KPJ Seremban?

TULAR:
1630

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pesakit yang terkena jangkitan koronavirus di KPJ Seremban.

Sumber gambar: WhatsApp

SEBENARNYA:

KPJ Seremban menafikan terdapat pesakit terkena jangkitan koronavirus seperti yang tular di media sosial.

Perkara tersebut turut disahkan Pengurus Klinikal dan Operasi KPJ Seremban, Dr Ahmad Syukri Jamaludin.

Jelas beliau, “Tiada kes wabak koronavirus di hospital ini setakat hari ini (26 Januari 2020). Hantaran yang dibuat oleh salah seorang doktor pakar kita di laman sosial Facebooknya semalam yang turut disertakan dengan laporan makmal, mungkin telah disalah guna oleh sesetengah pihak dengan tidak menyertakan penjelasan doktor berkenaan.”

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada jangkitan baru, selain empat kes membabitkan pelancong China sebelum ini.

Menurut beliau, “Setakat ini, tiada (jangkitan). Kes yang positif hanya empat kes membabitkan pelancong China.”

SUMBER:

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI