![](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2020/04/SG-to-MY-palsu-1.png?resize=640%2C360&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2020/04/SG-to-MY-palsu-1.png?fit=640%2C360&ssl=1)
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan berlaku kemasukan besar-besaran rakyat Malaysia dari Singapura.
Jelasnya, purata kemasukan rakyat Malaysia dari republik itu hanya kira-kira 400 orang sahaja setiap hari sejak empat hari lalu.
Katanya, bagaimanapun kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan kemungkinan kemasukan besar-besaran.
Dalam pada itu, beliau berkata, individu yang kembali ke negara ini melalui pintu masuk di Johor diwajibkan menjalani kuarantin di pusat kuarantin seperti diumumkan sebelum ini.
SUMBER:
Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia