Waspada Iklan Menggunakan Nama PERKESO Yang Menawarkan Perkhidmatan Ujian Saringan COVID-19

TULAR:
1607

Menurut makluman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO):

PERKESO telah membuat laporan polis berhubung pemalsuan Ujian Saringan COVID-19 yang melibatkan nama pertubuhan.

Iklan palsu tersebut disebarkan melalui media sosial. Syarikat terbabit mendakwa ia adalah panel berdaftar dengan PERKESO yang menawarkan perkhidmatan Ujian Saringan COVID-19 di lokasi dengan mengenakan bayaran berdasarkan bilangan pekerja. Syarikat berkenaan juga mendakwa bahawa semua ujian akan dijalankan oleh Doktor Keselamatan Pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Adalah diingatkan bahawa sehingga hari ini, PERKESO belum memuktamadkan syarat, garis panduan serta panel klinik dan hospital bagi Program Saringan Prihatin (PSP) ke atas pekerja dalam sektor yang dibenarkan beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kos PSP akan dibiayai oleh PERKESO.

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi PERKESO

Facebook Rasmi PERKESO


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI