Waspada Pihak Yang Menyamar Sebagai MDKS Yang Mengenakan Bayaran Untuk Proses Sanitasi Di Premis Perniagaan

TULAR:
1306

Menurut Majlis Daerah Kuala Selagor (MDKS):

Awas! Majlis Daerah Kuala Selangor tidak melantik mana-mana agensi swasta, NGO dan individu menjalankan kerja-kerja sanitasi awam di dalam Daerah Kuala Selangor.

Proses sanitasi awam yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran MDKS tidak mengenakan sebarang bayaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa.

Orang ramai turut dinasihatkan untuk melaporkan segera kepada MDKS sekiranya didatangi individu yang menyamar bagi pihak MDKS menjalankan kerja-kerja sanitasi awam dengan kenaan bayaran.

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi MDKS


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI