Tiada Kes Kemalangan Tergelincir Akibat Melanggar Bungkusan Minyak Masak

TULAR:
3916

SEBENARNYA:

Polis menafikan berlaku kejadian kemalangan motosikal yang dipercayai tergelincir akibat melanggar bungkusan minyak masak di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Selatan di Sungai Petani seperti tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Shamsudin Mamat berkata, sehingga kini tiada laporan dibuat mengenai kemalangan berkenaan oleh mana-mana pihak.

Katanya, pemeriksaan dilakukan di sepanjang Lebuh Raya PLUS sekitar Sungai Petani menghala ke arah selatan mendapati tiada kesan minyak masak ditemui di atas laluan berkenaan.

“Polis Peronda Lebuh Raya PLUS mengesahkan tiada kejadian seperti yang tular berlaku di sepanjang lebuh raya sekitar Sungai Petani.

“Bagaimanapun jika orang ramai mempunyai maklumat berkaitan, mereka boleh memaklumkannya kepada polis,” katanya ketika dihubungi.

SUMBER:

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI