Tiada Petugas Wilayah Sahabat FGV Positif COVID-19

TULAR:
1339

FGV Holdings Berhad (FGV) merujuk kepada kenyataan media bertarikh 18 April 2020 yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Lahad Datu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Sahabat berikutan kes COVID-19 positif di kawasan tersebut.

FGV ingin mengesahkan bahawa tiada petugasnya di Wilayah Sahabat, Lahad Datu positif COVID-19. FGV menegaskan semula bahawa keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan para petugas dan pekerja adalah paling utama, dan akan terus waspada dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.

SUMBER:

Laman Rasmi FGV Holdings Berhad

Facebook Rasmi FGV Holdings Berhad

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI