Tiada Sebarang Aktiviti Perniagaan Warga Asing Di Tapak Parkir Pasar Borong KL

TULAR:
2444

Menurut kenyataan media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL):

Merujuk kepada laporan pada 18 April 2020 berkenaan sekumpulan warga asing yang dilihat bebas berniaga di kawasan parkir Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL).

DBKL ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang aktiviti perniagaan yang melibatkan warga asing di kawasan parkir PBKL dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang disiarkan. Warga asing tersebut merupakan pekerja yang sedang menjalankan aktiviti pemunggahan barang untuk di bawa ke premis perniagaan di PBKL.

DBKL menjalankan pemantauan dan operasi di kawsan tersebut pada setiap hari nagi memastikan tiada aktiviti jual beli yang melibatkan warga asing dilakukan.

SUMBER:

Facebook Rasmi DBKL


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI