Video Kekecohan Antara Penduduk Rumah Panjang Dengan Beberapa Anggota Polis Bukan Di Kawasan Pasai Siong Tengah

TULAR:
1888

Menurut kenyataan Polis Sibu:

Polis Sibu menafikan video tular yang memaparkan kekecohan antara penduduk di satu rumah panjang dengan beberapa anggota polis baru-baru ini adalah berkaitan dengan kawasan Pasai Siong Tengah di sini, yang kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPD Sibu DSP Ariffin Bahar menjelaskan video tersebut sebenarnya merupakan pertelingkahan tanah yang berlaku di kawasan Tatau di bahagian Bintulu.

Video yang berdurasi 40 saat itu menunjukkan beberapa penduduk di satu rumah panjang memarahi anggota polis yang kelihatan sedang melakukan sekatan jalan di hadapan rumah mereka.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bernama
Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI