Waktu Pelepasan Bekerja Bagi Sektor Swasta Sempena Pilihanraya Kecil Dun Balakong Dan Dun Seri Setia?

TULAR:
1146

PENJELASAN :

Kementerian Sumber Manusia memperjelaskan waktu pelepasan bekerja bagi sektor swasta sempena pilihraya kecil DUN Balakong dan DUN Seri Setia sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Kementerian Sumber Manusia

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Sumber Malaysia :

“Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan 8 September 2018 sebagai tarikh pilihraya kecil DUN Balakng dan Dun Seri Setia.

Memandangkan pilihraya kecil ini jatuh pada Sabtu di mana ada kalangan pekerja yang mungkin bekerja pada hari tersebut, majikan diingatkan supaya membenarkan pekerja mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di kawasan tersebut. Hak ini diperuntukkkan dibawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilih Raya 1954.

Kementerian Sumber Manusia meminta agar majikan sektor swasta mengambil langkah-langkah seperti memberi “time-off” kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian berdekatan atau memberi hari kelepasan kepada pekerja yang berjauhan dengan tempat mengundi. Pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat pengundian boleh mengambil cuti tahunan. Majikan hendaklah merundingkan soal “time off”, hari kelepasan yang digantikan dan cuti tahunan dengan pekerja-pekerja berkenaan.

Majikan tidak dibenar mengenakan penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja bagi tujuan tersebut. Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didakwa denda RM 5,000 atau penjara setahun jika sabit kesalahan.”

SUMBER :
Laman Facebook Rasmi Kementerian Sumber Manusia

 

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI