Polis Tidak Bertindak Terhadap Kegiatan Judi Di Kelantan?

TULAR:
884

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa tiada tindakan diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia terhadap kegiatan perjudian di Kelantan.

Sumber gambar: Blogspot.

SEBENARNYA :

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan menafikan bahawa tiada sebarang tindakan yang diambil pihaknya terhadap kegiatan judi di Kelantan, sebaliknya, pihaknya mengakui terdapat elemen perjudian di negeri itu namun tindakan susulan juga telah diambil bagi menangani kegiatan berkenaan.

Beliau berkata, sejak Januari hingga semalam, sebanyak 85 serbuan telah dilakukan di seluruh negeri terhadap premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan itu.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 82 daripadanya membawa kejayaan dengan tangkapan seramai 88 individu berumur antara 30-an dan 40-an. Kebanyakan pusat perjudian ini yang menjual nombor ekor beroperasi di rumah-rumah kedai yang berselindung di sebalik perniagaan yang dilakukan.”

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Utusan Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI