Waspada Akaun/ Saluran Telegram Yang Menggunakan Nama KUSKOP

TULAR:
363

Menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP):

Berikutan penyebaran akaun Telegram dengan nama MYPROGRAM BANTUAN PERNIAGAAN KUSKOPMY, pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ingin menegaskan bahawa KUSKOP tiada kaitan dengan perkara tersebut atau mana-mana akaun Telegram/Whatsapp.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati supaya tidak terlibat dengan sebarang perkhidmatan atau terpedaya dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

SUMBER:

Facebook Rasmi KUSKOP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI