Waspada Dengan Penipuan Dalam Talian Tawaran Pembelian Set SmartTAG

TULAR:
423

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan tawaran pembelian set SmartTAG dalam talian yang didakwa dari pihak Touch n Go.

Sumber gambar: Facebook rasm Touch ‘n Go Malaysia

Menurut kenyataan dari Touch n Go:

Sejak Ogos 2018, piahk Touch n Go telah menghentikan penghasilan SmartTAG dan menggesa para pelanggan supaya sentiasa merujuk kepada saluran media sosial rasmi Touch n Go, di Facebook & Twitter @Mytouchngo untuk maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan TNG.

Sila berhati-hati dengan penipuan dalam talian dan membantu kami menyebarkan berita.

SUMBER:

Facebook Rasmi Touch n Go


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI