Waspada Peniaga Guna Kaedah ‘PM Tepi’ Dalam Talian

TULAR:
687

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam membeli produk dan perkhidmatan secara dalam talian yang ditawarkan peniaga tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menggunakan kaedah ‘PM Tepi’ bagi mengelak tertipu.

Sumber gambar: shutterstock.com

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata,

“Saya menasihati pengguna supaya selidik dan pastikan peniaga menawarkan barangan dan perkhidmatan menerusi laman yang betul-betul wujud.

“Bagaimanapun, ia tidak termasuk dengan platform e-dagang seperti Shopee, Lelong dan Lazada kerana semuanya beroperasi secara sah.

“Sebaliknya, peniaga jenis ‘PM Tepi’ perlu diberikan perhatian kerana mereka menggunakan semua platform media sosial untuk berniaga dan dikhuatiri pelanggan akan tertipu dengan tawaran diberikan.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI