Terdapat Projek IC 2.0 Di Sabah?

TULAR:
2733

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terbabit dalam Projek IC 2.0 di Sabah.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):

JPN menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan JPN dalam isu yang tular di media sosial berkaitan Projek IC 2.0 di Sabah. Resit urusan pendaftaran Kad Pengenalan yang disebarkan adalah bukan resit rasmi dikeluarkan atau digunakan oleh JPN bagi tujuan pendaftaran.

Ingin ditegaskan bahawa JPN tidak pernah melantik mana-mana agen atau orang perseorangan untuk mewakili JPN dalam apa-apa urusan. Semua resit rasmi Jabatan ini hanya dikeluarkan kepada pelanggan yang mempunyai urusan di kaunter Pejabat JPN dan tidak diedarkan kepada orang ramai dengan sewenang-wenangnya.

JPN juga memandang serius isu ini yang telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu dengan menjalankan siasatan lanjut terhadap perkara tersebut. JPN meminta orang ramai tidak mempercayai dan menyebarkan maklumat palsu berkenaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan gangguan ketenteraman awam.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI