Waspada Individu Melakukan Penyamaran Meminta Bantuan Wang Ringgit

TULAR:
850
Sumber gambar : MCMC

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan individu yang menyamar sebagai kenalan atau orang kenamaan untuk melakukan penipuan meminta bantuan wang ringgit.

Versi 1 :

Versi 2 :

Versi 3 :

Versi 4 :

Sumber gambar: Facebook

Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (MCMC) telah menerima laporan daripada orang ramai berkenaan satu akaun Whatsapp yang berdaftar dengan nombor telefon 017-765 3371, yang telah digunakan untuk melakukan penipuan meminta bantuan wang ringgit dengan menyamar sebagai individu-individu tertentu terutamanya orang yang dikenali atau kenamaan.

Oleh yang demikian, orang ramai diminta sentiasa berwaspada.

Orang ramai juga disaran mengunjungi portal SemakMule di pautan http://ccid.rmp/gov.my/semakmule bagi menyemak akaun bank atau nombor telefon melibatkan urus niaga atau transaksi dalam talian bagi mengelak ditipu dan sebelum melakukan transaksi pembayaran.

Untuk makluman, portal SemakMule adalah portal yang dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai inisiatif untuk membantu mengurangkan kes penipuan pembelian atas talian atau online. 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI