Waspada Penipuan Aplikasi Palsu ‘bnmsafe(8002)’ Yang Menggunakan Nama Dan Logo BNM

TULAR:
2793

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), terdapat modus operandi baharu penipuan melalui WhatsApp dan aplikasi palsu.

Namun penipuan tesebut masih memerlukan pengguna atau mangsa mendedahkan maklumat peribadi dan perbankan kepada pihak ketiga.

Dalam pada itu juga, pihak BNM turut menambah bahawa pihak mereka tidak pernah menghubungi orang awam secara rawak untuk menguji aplikasi atau sistem yang masih di peringkat percubaan (beta version).

Selain melalui platform, orang ramai perlu berwaspada penipuan yang meminta orang ramai untuk memberikan maklumat peribadi termasuk maklumat perbankan, kata laluan/PIN/ Nombor TAC melalui atas talian, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), WhatsApp dan lain-lain.

SUMBER:

Facebook Rasmi BNM (1)

Facebook Rasmi BNM (2)

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI