Waspada Penipuan Pelaburan MLM

TULAR:
1440
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan individu/sindiket yang menawarkan perniagaan yang berbentuk skim piramid dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dengan menjanjikan pulangan lumayan.

Sumber gambar : PDRM

Menurut PDRM, antara modus operandi yang digunakan oleh individu/sindiket ini adalah dengan mengajak mangsa untuk keluar minum petang atau makan malam kononnya membincangkan tentang satu peluang perniagaan.

Suspek kemudiannya akan memperdaya mangsa dengan kisah-kisah jutawan segera dan mempamerkan gambar-gambar koleksi kenderaan mewah miliknya hasil daripada keuntungan pernigaan yang diceburi.

Mangsa yang tertipu akan melaburkan wangnya untuk memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda, namun akan merasa ditipu setelah perniagaan tersebut sebenarnya tidak wujud dan wang pelaburan gagal diperolehi kembali.

Nasihat PDRM:

1. Ambil langkah awal dahulu dengan menyemak latar belakang sesuatu syarikat pelaburan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

2. Hubungi Bank Negara Malaysia (BNM) tentang sesuatu pelaburan yang ditawarkan di dalam negara sebenarnya wujud atau tidak.

3. Jangan sesekali menyerahkan wang anda kepada mana-mana individu yang baru dikenali samaada secara tunai atau dalam talian.

SUMBER: 

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI