Waspada SMS Yang Mengandungi Pautan Pancing Data Berkaitan Lesen Memandu Daripada MyJPJ

TULAR:
86

Menurut kenyataan media Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia:

JPJ telah menerima aduan daripada orang awam berhubung Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengandungi pautan berkaitan lesen memandu.

Pihak JPJ ingin menjelaskan bahawa Jabatan ini tidak pernah menghantar mana-mana pautan berkaitan urusan lesen memandu melalui SMS kepada orang awam.

Jabatan ini juga telah mengenalpasti bahawa SMS yang dihantar menggunakan nama MyJPJ adalah mengandungi pautan pishing untuk tujuan memperdaya orang awam.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPJ

Instagram Rasmi JPJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI