
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):
MCMC telah menerima aduan melibatkan bayaran pendahuluan kepada pihak yang meragukan untuk jaminan bagi mendapatkan projek pembinaan menara komunikasi di Sabah.
Situasi ini membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan dan seterusnya menyebabkan risiko kerugian kewangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Sehubungan dengan itu, MCMC ingin mengingatkan semua pihak agar sentiasa berwaspada terhadap mana-mana individu atau organisasi yang mencurigakan dan meminta bayaran pendahuluan dengan menjanjikan pemberian projek.
Untuk mencegah penularan kes seperti ini, semua pihak disaran untuk menyemak kesahihan maklumat serta dokumen dengan MCMC sebelum membuat sebarang pembayaran atau komitmen.
Artikel terdahulu 4 November 2024