Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Ketua Polis Negara Melalui Emel

TULAR:
113

Menurut kenyataan media Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK, PDRM):

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu hantaran emel bertajuk “POLIS NEGARA MALAYSIA” yang mengarahkan penerima untuk segera memberikan respon kepada penghantar atau berdepan tindakan undang-undang.

Emel tersebut dihantar melalui alamat bennett411 [email protected] dan kandungannya direka seolah-olah dihantar oleh Ketua Polis Negara serta turut memaparkan gambar YDH IG Tan Sri Razarudin Bin Husain.

Adalah dimaklumkan, kandungan emel tersebut tidak benar dan ia adalah satu cubaan penipuan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JSJK PDRM

BERNAMA

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI