Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Pekerja atau Kontraktor TNB

TULAR:
125

Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):

TNB menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap sindiket penipuan yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor TNB.

Dengan kenaikan kes-kes penipuan yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor TNB, TNB menyarankan anda untuk kekal berwaspada. Kenali tanda-tanda amaran seperti yang ditunjukkan di dalam infografik ini.

Kenal Pasti Tanda-Tanda Amaran Ini:

  1. Penipu mungkin menyamar sebagai pekerja atau kontraktor TNB dan menghubungi anda melalui panggilan telefon, SMS, WhatsApp atau secara bersemuka untuk menuduh anda mempunyai bayaran bil tertunggak atau kesalahan pengusikan meter serta mengugut untuk melakukan pemotongan bekalan elektrik.
  2. Panggilan atau mesej yang tidak dijangka daripada nombor yang tidak dikenali meminta bayaran bil tertunggak atau maklumat peribadi anda.
  3. Kunjungan individu mencurigakan ke rumah atau premis perniagaan anda yang membuat ugutan untuk memotong bekalan elektrik anda.
  4. Penipu akan meminta pembayaran dibuat melalui wang tunai atau pemindahan ke akaun bank individu.

Lindungi Diri Anda Dengan Langkah- Langkah ini:

  1. Gunakan saluran pembayaran rasmi TNB seperti aplikasi atau portal myTNB, JomPAY, perbankan dalam talian dan lain-lain untuk pembayaran yang selamat.
  2. Muat turun aplikasi myTNB untuk sernak baki akaun elektrik terkini dan sama ada anda mempunyai bil tertunggak.
  3. Segera hubungi TNB CareLine jika anda menerima panggilan telefon, mesej atau kunjungan mencurigakan untuk menyemak status akaun elektrik anda.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB

X Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI