Waspada Terhadap Akaun Palsu Yang Menyamar Sebagai KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

TULAR:
171

Menurut Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office):

Royal Press Office ingin menegaskan bahawa terdapat akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh penipu untuk tujuan penipuan di Facebook serta platform media sosial lain.

Royal Press Office juga ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Instagram Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Facebook Rasmi The Royal Johor

Instagram Rasmi The Royal Johor

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI