Derivatif Matawang Ringgit Malaysia Dibekukan?

TULAR:
374

PALSU :

Tersebar luas di media sosial dakwaan kononnya Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengarahkan bank-bank di Malaysia untuk membekukan derivatif (terbitan) ringgit bagi mengurangkan ketidaktentuan pasaran mata wang negara.

Sumber gambar: Asia School of Business.

SEBENARNYA :

Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan mengarahkan bank di Malaysia untuk membekukan derivatif (terbitan) ringgit bagi mengurangkan ketidaktentuan pasaran mata wang negara. BNM menegaskan sekiranya terdapat perubahan dasar membabitkan derivatif dan tempat urus niaga ringgit, pihaknya akan mengumumkan langkah itu.

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya tidak melaksanakan langkah berkenaan dan hanya berurusan dengan bank secara individu.

 

SUMBER :

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI