Projek Kelolaan RISDA Bermasalah dan Bakal Dihentikan?

TULAR:

PALSU  : 

Hangat diperkatakan di media sosial bahawa pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berniat menghentikan program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK).

Sumber gambar: Berita Harian.

SEBENARNYA :

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) tidak pernah bercadang menghentikan program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemberian dividen pada setiap tahun jelas menunjukkan semua projek kelolaan RISDA tidak pernah dihentikan atau mengalami sebarang masalah.

SUMBER :

Bernama

Sinar Harian