Sijil Tidak Halal Untuk Barangan Tidak Halal?

TULAR:

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kerajaan bercadang untuk mengeluarkan sijil tidak halal kepada barangan yang tidak halal.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Kerajaan tidak bercadang untuk mengeluarkan sijil atau cap tidak halal ke atas barangan yang diharamkan kepada umat Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peruntukan mengenai kawalan pensijilan, logo dan tanda halal adalah di bawah Akta Perihal Dagangan 2011(APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan  (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011.

“Ini bermakna Jakim dan Main / Jain hanya mengeluarkan sijil pengesahan halal sahaja. “Tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan pihak Kerajaan mengeluarkan sijil tidak halal atau sijil haram ke atas produk atau barang-barang yang diharamkan,” katanya.

SUMBER :

Facebook Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Kosmo