4000 Pekerja KTMB Bakal Hilang Kerja?

TULAR:
678

PENJELASAN  :

Kementerian Pengangkutan memperjelaskan dakwaan bahawa  4000 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal hilang kerja kerana Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Kerajaan menjelaskan dan memberi jaminan pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bakal terlibat dalam Perjanjian Akses Rangkaian Kereta Api (RNAA) tidak akan kehilangan pekerjaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi sebaliknya berkata, kesemua pekerja terlibat dalam perjanjian antara KTMB dengan Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) itu akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB.

Dalam pada itu Ab. Aziz berkata, tidak timbul persoalan perjanjian itu akan menyebabkan KTMB diambil alih oleh pihak swasta memandangkan RAC merupakan badan berkanun Persekutuan dan KTMB pula adalah syarikat milik penuh kerajaan.

SUMBER : 

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI