Bonus Rakyat 1Kedah, Wang RM750 Diagihkan?

TULAR:
85

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial kononnya kerajaan negeri Kedah akan mengagihkan Bonus Rakyat 1Kedah (BR1K) sebanyak RM750. Mesej berkenaan menyatakan kononnya Menteri Besar Kedah telah melancarkan BR1K bagi membantu rakyat negeri Kedah menyambut Ramadhan dan ia hanya boleh dimohon oleh rakyat Kedah yang berumur di antara 16 hingga 55 tahun secara dalam talian.

Sumber gambar : Facebook.

SEBENARNYA :

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan kerajaan negeri mengagihkan Bonus Rakyat 1 Kedah (BR1K) sebanyak RM750 seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial.

Katanya beliau mendapat banyak pertanyaan mengenai kesahihan berita itu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

SUMBER :

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI