
SEBENARNYA:
Menurut kenytaan Kementerian Kewangan (MOF):
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan poster yang mendakwa semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara one-off kerana maklumat tersebut adalah PALSU.
Kementerian Kewangan ingin menegaskan bahawa tiada pengumuman rasmi mengenai pemberian SARA seperti yang didakwa dalam poster berkenaan.
Orang ramai disaran untuk sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan masyarakat.
SUMBER:






