Kejadian Seekor Buaya Bawa Mayat Seorang Wanita Berlaku Di Mexico, Bukan Di Jambatan Pulau Pinang

TULAR:
4555

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang:

Kejadian seekor buaya yang dilihat membawa mayat seorang wanita dari dalam mulutnya seperti yang tular dalam media sosial bukan berlaku di kawasan laut Jambatan Pulau Pinang seperti didakwa.

Sebaliknya, pencarian Utusan Online di internet mendapati kejadian itu dilaporkan berlaku di sebatang sungai di Tampico, Mexico pada 21 Jun lalu.

Kejadian itu turut dilaporkan oleh portal Mexico Daily Post yang turut memuatkan video kejadian itu serta usaha menyelamat oleh pihak berkuasa negara berkenaan berdurasi kira-kira 40 minit.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Tuan Soffian Santong ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kes seperti yang tular tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM Pulau Pinang

Utusan Online

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI