
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
Kemelut geopolitik di Asia Barat telah berlarutan melebihi 11 minggu tanpa tanda penyelesaian dalam masa terdekat. Dengan konflik yang berpanjangan, tekanan terhadap harga minyak mentah dan produk petroleum global menjadi semakin mendesak.
Harga minyak mentah Brent kini mencecah sekitar AS$110 setong, hampir 60% lebih tinggi berbanding paras prakonflik sekitar AS$70 setong. Pada masa yang sama, kos logistik dan premium insurans turut meningkat ketara akibat risiko penghantaran melalui zon konflik, sekali gus memberi tekanan lanjut kepada harga produk petroleum.
Gangguan bekalan minyak global juga menjadi semakin meruncing apabila konflik terus berlarutan. Selat Hormuz merupakan laluan bagi kira-kira 20% bekalan petroleum dunia, manakala kerosakan kemudahan pengeluaran dan penapisan minyak di Asia Barat memerlukan masa untuk dipulihkan.
Dalam keadaan pasaran global yang kekal tidak menentu, Kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memanjangkan bekalan negara. Perancangan perjalanan harian juga dapat membantu penggunaan bahan api secara lebih cekap.
Justeru, selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 21 Mei hingga 27 Mei 2026 adalah seperti berikut:
Harga Runcit

Pada masa yang sama, Kerajaan terus mengekalkan harga produk petroleum bersubsidi secara bersasar bagi membantu memelihara kelangsungan hidup rakyat dan operasi sektor tertentu dalam keadaan pasaran global yang masih tidak menentu. Harga bersubsidi yang dikekalkan adalah seperti berikut:

Di bawah BUDI MADANI RON95 (BUD195), Kerajaan terus mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter bagi lebih 14 juta penerima yang layak. Lebih 90% daripada jumlah liter RON95 yang digunakan di negara ini adalah oleh pengguna yang menerima subsidi.
Pada harga RON95 tanpa subsidi semasa RM4.07 seliter, penggunaan 200 liter akan menelan kos RM814. Ini bermakna Kerajaan menanggung RM416, atau lebih daripada separuh kos sebenar RON95, bagi setiap penerima yang menggunakan kelayakan penuh BUDI95.
Dengan siling kelayakan bulanan sehingga 200 liter, penerima BUD195 hanya membayar sehingga RM398 sebulan bagi penggunaan penuh kelayakan tersebut.
Bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat dan keperluan perbelanjaan fiskal secara berhemat, Kerajaan akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi dan terjamin.
SUMBER:






