Kerajaan Tidak Akan Meneruskan Rancangan Untuk Mengiktiraf Sijil UEC?

TULAR:
660

PENJELASAN :

Kementerian Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya tidak akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) walaupun ianya terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum yang lalu.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, kerajaan akan meneruskan rancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.

Maszlee menegaskan, pihaknya tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dalam perkara itu. Beliau berkata, dalam Harapan, perkara tersebut tidak mempunyai percanggahan meskipun ditentang banyak pihak.

Walau bagaimanapun, Maszlee sebelum ini menyatakan komitmen Kementerian Pendidikan tidak akan menggadaikan bahasa Melayu dan mengkaji secara holistik sebelum membuat keputusan berhubung pengiktirafan sijil tersebut.

SUMBER :

Astro Awani

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI