Kereta Proton Exora Dijual Dengan Tawaran Separuh Harga?

TULAR:
1606

PENJELASAN:

PROTON Holdings Berhad memperjelaskan dakwaan kononnya kereta Proton Exora dijual dengan tawaran separuh harga iaitu RM30,000 sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: WhatsApp

Jurucakap Proton berkata, penjualan tersebut memang berlangsung di ibu pejabat.

Menurut beliau, “Memang kita ada buat diskaun, tapi penjualan itu hanya untuk staf Proton, DRB-Hicom dan ada juga dibuka kepada vendor.Penjualan tidak terbuka kepada orang luar.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI